TEMULAWAK
Nama
Tempatan : Temu
lawak
Nama
Saintifik : Curcuma
xanthorrhiza
Nama Lain : Nama
farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis),
giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih
Famili :
Zingiberaceae
Lokasi
dijumpai : India,
Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara
Pengenalan
Temulawak (curcuma xanthorrhiza
roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak
atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa
Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede"
dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.
Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh
tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di
berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut
Tumbuhan ini hampir
menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama
rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di
kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan
manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji
(starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat
yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari.
Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia
dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit
puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal
mahupun campuran.
Disamping sebagai obat tradisional, temulawak di
gunakan juga untuk rempah-rempah, makanan, minuman, kosmetika , dan zat pewarna
terutama pewarna makanan.
Bahkan ia boleh dijadikan sebagai salah satu tanaman
ekspot yang cukup berpotensi. Temulawak dan kunyit telah lama diketahui
mengandung kandungan kimia yang mempunyai keaktifan fisiologi, iaitu kurkuminoid dan minyak atsiri. Kurkuminoid berwarna kuning .
Sedangkan minyak atsiri berbau dan berasa yang khas.
Kadar kurkumin dan minyak atsiri kedua tanaman
tersebut berbeda. Kandungan minyak atsiri pada rimpang kunyit adalah 2-7%
manakala rimpang temulawak 3-12%.
Dari komposisi tersebut terlihat bahwa kandungan
minyak atsiri dalam temulawak lebih banyak, sementara kandungan kurkumin lebih
banyak dalam kunyit. Sedangkan
untuk kurkuminoid, dalam rimpang kunyit sebanyak 3-5%, manakala temulawak 1-2%.
Untuk mengekalkan kadar tersebut pemanasan boleh dilakukan hanya pada suhu
50-55 C, supaya tidak merusak zat aktifnya dan untuk mendapatkan warna yang
baik dari kurkuminoid.
Penanaman
Pada umumnya
penanaman temulawak ketika ini masih tidak dilakukan secara besar-besaran. Untuk memenuhi keperluan temulawak ketika ini masih bergantung kepada
sumber dari hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil
peristiwa tragis menghilangnya beberapa spesies jenis kayu , terjadi juga pada
temulawak.
Ini terbukti jumlah temulawak liar
di Nusantara, sudah banyak berkurang dibandingkan beberapa puluh tahun lalu.
Maka usaha penanamannya secara intensif sudah semestinya perlu dilaksanakan
segera.
Demikian
pula kegiatan inventarisasi, penelitian – penelitian biologi, fitokimia,
farmakologi, serta teknologi penanamannya perlu dilanjutkan dan ditingkatkan . Sebagai perbandingan hasil tuai temulawak yang dilakukan secara ala
kadar, untuk tanah yang subur mencapai 4-5 ton sehektar, dan yang kurang subur
hanya mencapai 2-3 ton sehektar. Ditanah yang subur dan penanaman dilakukan
dengan cukup baik, hasilnya boleh mencapai lebih dari 100,000 ton kering
setahun
Kandungan Kimia
Temulawak
mengandungi komponen berkhasiat, seperti kurkuminoid & minyak atsiri
(3-12%). Pati temulawak terdiri daripada abu, protein, lemak, karbohidrat,
serat kasar, kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi, manganese
& kadmium. Pati rizom temulawak dapat dikembangkan sebagai sumber
karbohidrat yang digunakan untuk bahan makanan atau campuran bahan makanan.
Sifat & Khasiat
Rizomnya
berbau tajam, rasanya pahit dan agak pedas. Temulawak mempunyai khasiat
laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic.
Kegunaan
Dalam
perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit
seperti:
1. Rheumatik
dan kesakitan pada otot.
2. Ubat demam(
anti-pyretic)
3. Masalah
hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4. Penyakit
kulit
5. Menghilangkan
kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6. Buasir dan
masalah kerengsaan pada rektum
7. Berak
berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8. Batuk dan
demam pada kanak-kanak.
9. Masalah
keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
10. Penyakit
kencing manis.
11. Gastrik dan
gas berlebihan
Temulawak
sangat berkesan untuk merawat penyakit liver. Dalam beberapa kajian klinikal
menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temulawak, 3 kali sehari
secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT.
SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui
ujian darah. Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang
menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain.
Cara penggunaan
Diantara
cara penggunaannya ialah dengan mengambil 3-9g rizomnya yang segar(kering 1-5
g) dan direbus seketika supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan
setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan.
Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan
mengembalikan kecergasan tubuh badan (peringatan : jangan sesekali menggunakan
tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan
boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan). Kegunaan yang
berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.
Temulawak
dan penyembuhan Hepatitis
Di
kebanyakan negara, hepatitis atau penyakit hati menduduki tempat ketiga sebagai
penyebab kematian setelah penyakit infeksi dan paru-paru. Kebiasaan disebutkan
virus hepatitis B, yang yang lazimnya berlaku sangat tinggi, sekitar 2,5 –
19,5% . Bahkan untuk penduduk Pulau Jawa mencapai 34,5%.
Secara
hitung panjang sekitar 5% penduduk Indonesia atau sekitar 8 juta orang
terinfeksi hepatitis B. Di negara lain seperti Amerika Utara dan Eropah Barat,
lazimnya sekitar 0,1 – 0,5%. Kini di Pulau Raya Lautan Atlantik
kadarnya mencecah 50% dari jumlah penduduk dilapurkan sebagai pembawa.
Penyakit
jantung koroner
Disamping
sebagai obat hepatitis, temulawak, terutama zat kurkuminoidnya , dapat
meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk
mencegah penyakit jantung koroner). Fungsi
lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat anti
peradangan, dan menurunkan tekanan darah.
Dalam
menurunkan tekanan darah, Gunster, pengkaji dari Belanda, melaporkan
penelitiannya pada 5 ekor kucing percobaan dengan suntikan intravena dari
temulawak sebanyak 1% yang dilarutkan dalam garam NaCl . Ternyata dapat
menurunkan tekanan darah kucing tersebut, meski mekanisma yang pasti masih
belum jelas.
Penelitian
Gunster lainnya, temulawak dapat menyebabkan kontraksi uterus. Oleh karena itu
dianjurkan agar ibu hamil berhati-hati menggunakannya karena dos yang pasti
belum jelas.
Temulawak
& Kanser Payudara
Khasiat
temulawak lebih banyak dari ginseng. Temulawak memiliki lebih dari 100
komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa
komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi
(antiperadangan), antibakteri, antihepatotoksik (anti liver), antikolesterol,
antikanser dan anti platelet agregasi (pembekuan darah yang bisa menyebabkan
stroke). Sementara salah satu komponen minyak atsiri yang dikandungnya, yakni xanthorrhizol
adalah antikanser, terutama kanser payudara.
Aktiviti imunomodulator dari
kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya
tahan tubuh terhadap serangan penyakit.
Hasil
penelitian membuktikan temulawak tidak memiliki kesan sampingan seperti obat
anti inflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal. Konsumsi temulawak secara
rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk mencegah stroke.
Untuk
penggunaan langsung, temulawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan
jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam. Kadar yang dianjurkan
adalah 2 gram temulawak, walaupun demikian penggunaan sehingga 6 gram masih
dapat bermanfaat.
Penggunaan
temulawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun
temurun. Hasilnya mereka lebih sehat. Sementara itu, penyelidikan mengenai
manfaat temulawak telah banyak dilakukan. Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah
tersebut diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap obat
tradisional ini.
Secara
umumnya manfaat temulawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi
pencernaan, memelihara kesehatan fungsi hati, mengurangi nyeri sendi dan
tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan dan membantu memelihara kesehatan
serta menghambat penggumpalan darah.
Minum
Rebusan Temulawak untuk Reumatik
Sebahagian
masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temulawak segar yang
dicampur dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka
jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.
KESIMPULAN
Temulawak (curcuma xanthorrhiza
roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak
atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa
Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede"
dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.
Pada umumnya penanaman temulawak
ketika ini masih tidak dilakukan secara besar-besaran. Untuk memenuhi keperluan temulawak ketika ini masih bergantung kepada
sumber dari hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil
peristiwa tragis menghilangnya beberapa spesies jenis kayu , terjadi juga pada
temulawak.
DAFTAR
PUSUTAKA
http://diet.huteri.com/419/mengenal-manfaat-dari-temulawak/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar